Pages

Subscribe:

Friday, January 21, 2011

Kurikulum Khas Pintar Al-Quran (KKPQ)

  Program Pintar Al-quran merupakan kurikulum khas bagi murid-murid Prasekolah negeri Terengganu. Progran ini telah di jalankan pada tahun 2009 sehingga sekarang. Kurikulum ini bermula 7.40 pagi selama 1 jam pada setiap hari. Seorang guru J-Qaf ditugaskan membantu guru pra ketika program ini di jalankan.

murid-murid sedang khusyuk membca kitab iqra

Ustazah Nursyuhada membetulkan bacaan muri-murid

mesin I-Iqra yang dilengkapi suara .

menggunakan pen khas I-Iqra bagi mempelajari
sebutan dan tajwid.

Friday, January 14, 2011

Doa Harian

  Doa adalah antara ibadat yang harus diterapkan sejak kecil malah sejak dalam kandungan lagi ibubapa sudah memperdengarkan doa dan  ayat-ayat suci Al-Quran. Dalam tunjang kerohanian juga murid harus membaca dan mengingati doa-doa harian. semoga bacaan doa-doa ini dapat meninggalkan kesan berterusan sehingga akhir hayat. Sebelum mengajar bacaan doa guru  haruslah menyatakan adab-adab berdoa.


ADAB-ADAB BERDOA IAITU:
1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب . TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.
4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.
5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA
7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.
DOA-DOA HARIAN
DOA MEMULAKAN PERJALANAN
DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN

Penerang hati

DOA IBU BAPA

DOA MASUK TANDAS


Wednesday, January 12, 2011

Mari kita bersenam!!

 Dah lama rasenyer tak bawa murid-murid menikmati udara luar..maklumler musim hujan..so buat aktiviti fizikal dalam kelas je ler..awal-awal lagi diorg dah sibuk nak main kat luar..lepas jer pintar Quran terus jer beratur untuk aktiviti fizikal...
bukan senang nak suruh diorg beratur lurus
gabungan 2 kelas



bulatan murid perempuan
bulatan murid lelaki



Monday, January 10, 2011

BUKU AKTIVITI

Bagi tahun 2011 murid-murid pra fikrah menggunakan buku aktiviti terbaru berasaskan KSPK.

Buku aktiviti 2011
Buku aktiviti  5 dan 6 tahun
Buku bacaan

Thursday, January 6, 2011

Gelagat pada minggu pertama

Alhamdulillah sudah 4 hari bersekolah..segalanya berjalan dengan lancar walaupun sangat letih kerana melayan karenah murid-murid. Bagi seorang guru ungkapan 'SABAR' amat penting pada minggu pertama maklumlah situasi murid sukar dijangka. Ada yang menangis, meraung, lari dari kelas, memanjat gril ermm macam-macam ada. Walau apa pun hadapilah situasi tersebut dengan bijak. Insyaallah semoga semua usaha kita akan diberkati Allah.



HARI PERTAMA
Melayan perasaan 

menikmati hidangan waktu rehat





HARI KEDUA







HARI KETIGA

Add caption



Sunday, January 2, 2011

Kembali ke sekolah....



    Esok bermulalah sesi persekolahan 2011. Sebagai seorang guru harapanku moga dipermudahkan segala urusan dan  diberkati Allah dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Harapanku terhadap anak-anak murid moga mereka semua akan berjaya dunia dan akhirat. Tak sabar rasanya melihat telatah dan gelagat mereka memulakan persekolahan..hehe baju baru, beg baru,kasut baru semangat mestiler lebih yer..moga aku tabah dan sabar menghadapi karenah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...